fbpx

Lelaki tembak rakan disangka tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADISAK ditembak oleh rakannya di ladang tebu di wilayah Isaan, kelmarin. - Foto Matichon

BANGKOK –  Seorang lelaki menembak dan membunuh rakannya di ladang tebu dalam insiden di wilayah Chaiyaphum kerana  menyangka mangsa seekor tikus, lapor portal berita Thaiger semalam.

Anggota-anggota polis  menyerbu ladang tebu berkenaan di daerah Kasetsombun pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin selepas menerima aduan mengenai satu kejadian tembakan.

Mereka menemui seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Adisak, 31, terbaring dalam keadaan berlumuran darah. 

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis berkata, Adisak mempunyai beberapa kesan tembakan pada muka dan badannya. 

Rakannya yang bernama Banterng, 34, mengaku melepaskan tembakan yang mengenai mangsa.

Ketika kejadian, Banterng menyatakan bahawa mereka sedang memburu tikus.

Dia menyerahkan sepucuk pistol yang digunakan dalam kejadian tersebut kepada polis.

Walaupun tembakan itu disahkan sebagai kemalangan, Banterng masih berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 288 Undang-undang Jenayah iaitu membunuh dengan niat.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi  hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara selama 15 hingga 20 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI