fbpx

Anggota polis direman 7 hari ugut polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang anggota polis direman selama tujuh hari selepas dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap dua anggota polis lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara tersebut memaklumkan kes kini disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Tiada siapa melebihi undang-undang meskipun anggota polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Difahamkan ugutan jenayah berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi pada Isnin lalu oleh anggota polis yang bertugas di daerah Shah Alam terhadap dua anggota polis lain yang bertugas di Subang Jaya.

Ugutan jenayah itu dilakukan selepas suspek disiasat kerana terlibat kes dadah dibawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI