fbpx

Anwar, Dr. Wan Azizah simpati tragedi gempa bumi di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan isterinya (tengah) menzahirkan simpati dengan tragedi gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, semalam. - Foto FB ANWAR

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan simpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, semalam.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.

“Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin (semalam).

“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di negara itu.

Perkara itu disahkan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang ketika ini sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana alam tersebut.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu turut mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini berkata, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian gempa bumi itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mengikuti nasihat pihak tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI