Keadaan banjir yang melanda Taman Uda Murni, Tok Jembal, Kuala Nerus kelmarin.

Banjir Terengganu tidak berubah, 151 mangsa masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak Isnin lalu tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 151 orang daripada 42 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata jumlah mangsa banjir berkenaan tidak berubah sejak petang semalam.

“Kesemua mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus yang merupakan satu-satunya PPS beroperasi di negeri ini.

“Cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini hujan renyai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN