AARON (kanan) dan Roy King berpeluang meraih gelaran kedua, namun perlu berdepan Hoki-Kobayashi di final esok. - AFP

Kumamoto Masters: Aaron-Roy King tempah aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King menyalakan misi memburu gelaran kedua selepas melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters.

Pada aksi separuh akhir di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, gandingan No.57 dunia itu menang straight-set 21-18, 21-18 ke atas beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

Walaupun berdepan lawan yang menghuni ranking jauh lebih tinggi di tangga ke-14 dunia, namun ia langsung tidak menggerunkan Aaron-Roy King untuk mempamerkan aksi agresif.

Hasilnya, mereka berjaya meletakkan wakil Eropah itu dalam keadaan tertekan sebelum mengesahkan kemaraan ke pentas final dalam tempoh 38 minit.

Aaron-Roy King berpeluang untuk meraih gelaran kedua dalam tempoh sebulan selepas mereka turut memenangi kejohanan Terbuka Arctic di Finland bulan lalu.

Bagaimanapun, cabaran mereka di final esok tidak mudah apabila perlu berdepan wakil tuan rumah yang merupakan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN