fbpx

Medan uji kekuatan pasukan B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 negara akan mengharungi dua aksi persahabatan menentang China untuk menguji kekuatan pasukan menjelang aksi di Qatar April nanti. - FB FAM

PENGENDALI skuad bawah 23 (B-23) negara, Juan Torres Garrido berharap perlawanan persahabatan menentang China hari ini akan menjadi medan terbaik untuk menguji barisan pemain sebelum ke Piala Asia B-23 2024 nanti.

Garrido yang bakal membuat ‘debut’ pertama bersama pasukan B-23 negara selepas dilantik pada Oktober lepas optimis pengalaman menentang pasukan Tembok Besar itu boleh memberikan tambahan berguna buat anak-anak buahnya.

“China ialah pasukan yang berkualiti selain boleh membantu kami mengetahui tahap serta keupayaan pasukan. Justeru, saya mahu pemain menyesuaikan diri dengan cepat.

“Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai skuad lengkap, China mungkin tidak menurunkan skuad penuh mereka, tetapi ia masih satu ujian yang baik untuk persiapkan pasukan sebelum ke kejohanan itu (Piala Asia B-23).

“Ini kerana sebelum ini pasukan banyak menentang negara-negara di rantau Asia Tenggara dan sudah tentu kita perlu menguji pasukan yang lebih hebat seperti China,” kata pengendali import dari Sepanyol itu.

Sementara itu, Garrido mengakui pasukan yang dipanggil kali ini masih belum ‘sempurna’ kerana ada beberapa pemain utama yang tidak dapat sertai kerana kekangan tertentu.

“Kita boleh lihat ada pemain-pemain B-23 yang belum pulih daripada kecederaan selain ada juga yang diserap dalam skuad senior kebangsaan kerana itu adalah keutamaan. Namun, kita berjaya dapatkan khidmat Mukhairi Ajmal.

“Selain itu, panggilan kebangsaan kali ini juga bukanlah tarikh antarabangsa FIFA dan disebabkan itu kita tidak dapat panggil Nooa Laine yang berpangkalan di Eropah,” katanya.

Sebagai rekod, pasukan muda Harimau Malaya dijadualkan bertemu China B-23 sebanyak dua kali di Shanghai dalam usaha mengasah ‘taring’ sebelum mengharungi kejohanan berprestij di Qatar pada April depan.

Bagi kempen Piala Asia B-23 2024, skuad Harimau Malaya B-23 telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`