fbpx

FAMA bina pusat pengumpulan hasil pertanian di Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nukman (dua dari kanan) meninjau tapak cadangan pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Tanjung Putat, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu akan membina sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Tanjung Putat di sini pada tahun depan.

Pengarah FAMA Negeri, Nukman Hashim berkata, pemilihan Hulu Terengganu sebagai projek perintis tersebut kerana daerah berkenaan merupakan pengeluar utama hasil pertanian dan buah-buahan bermusim termasuk duku.

“Selama ini, Terengganu tiada pusat pengumpulan dan jualan borong khusus serta sistematik bagi pemasaran hasil pertanian terutama duku.

“FAMA terpaksa melaksanakan intervensi belian di rumah pengusaha atau pemborong hasil pertanian yang dijadikan pusat pengumpulan sementara,” katanya di Kampung Tanjung Putat di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui ketika meninjau tapak cadangan projek pembinaan pusat pengumpulan hasil pertanian berkenaan.

Nukman berkata, pusat pengumpulan hasil pertanian berkenaan dijangka mula dibina pada tahun depan itu ia bakal memberi manfaat kepada lebih 400 petani tempatan di seluruh daerah ini.

“Antara hasil pertanian yang bakal menjadi tumpuan ialah duku kerana Hulu Terengganu merupakan pengeluar terbesar negeri ini.

“Daerah ini menghasilkan lebih 50.15 peratus atau 1,872.7 tan matrik daripada
3,734.4 tan matrik pengeluaran duku Terengganu pada musim baru-baru ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI