fbpx
Zulli (tiga dari kanan) dan Mohan (dua dari kanan) ketika pelancaran produk sel stem dari epal di Putrajaya baru-baru ini.

Teknologi sel stem epal inovasi antipenuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA sangka dengan hanya sebiji epal menjadi permulaan luar biasa kepada teknologi sel stem yang membawa kepada pembangunan pelbagai produk kesihatan dan kosmetik termasuk membuka pintu kepada regenerative longevity atau kelanjutan usia sihat di negara ini.

Teknologi sel stem itu dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Switzerland, Mibelle Biochemistry dengan kerjasama strategik syarikat tempatan Nova Bio Cell Tech untuk membawa masuk formulasi itu ke Malaysia bagi memperluas manfaatnya menerusi rangkaian produk di bawah jenama GenElla dan NuElla. 

Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli berkata, syarikatnya menjadi perintis dalam pembangunan teknologi sel stem epal sejak 2008 apabila berjaya menghasilkan bahan aktif berasaskan buahan tersebut selepas menjalankan penyelidikan terhadap varieti epal warisan yang ditanam di Switzerland. 

“Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan teknologi sel stem tumbuhan. Hasil kajian yang paling terkenal adalah sel stem epal yang dihasilkan daripada baka epal lama di Switzerland.

“Hanya sebiji epal diperlukan untuk menghasilkan biojisim yang boleh digunakan untuk tempoh masa panjang. Bahan aktif berkenaan dihasilkan secara mampan menerusi penggunaan teknologi bioreaktor sebelum diproses menjadi ramuan utama dalam produk kesihatan dan kosmetik.

“Selain epal,  kami juga membangunkan bahan aktif berasaskan anggur dan beberapa spesies tumbuhan lain yang juga digunakan secara meluas dalam industri kosmetik serta nutraseutikal di seluruh dunia pada masa kini,” katanya pada majlis pelancaran produk tersebut di Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas NovaBio CellTech, Puan Sri Ella Tan, Ketua Penyelidik Universiti Malaya (UM), Dr. Gokula Mohan serta pelakon yang juga duta produk, Azar Azmi.

Tambahnya, hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati nutrien daripada sel stem tumbuhan mampu membantu mengaktifkan sel stem manusia di samping melindunginya apabila fungsi sel mula merosot kerana proses penuaan.

Sementara itu, Ketua Saintis Nova Bio Cell Tech, Dr. Gokula Mohan, berkata pelancaran produk tersebut mencerminkan perubahan landskap penjagaan kesihatan global yang semakin memberi penekanan kepada pencegahan penyakit dan penuaan sihat.

Kesemua formulasi produk dibangunkan kira-kira 14 bulan hingga dua tahun menggunakan bahan aktif premium dari Switzerland yang disokong penyelidikan saintifik serta ujian klinikal.

“Kami berasa bertuah diberi peluang bekerjasama rapat dengan Dr. Fred Zulli bagi memastikan setiap bahan digunakan mengikut dos yang dibuktikan berkesan menerusi kajian klinikal.  

“Nova Bio Cell Tech juga memilih pendekatan berbeza iaitu memasarkan produk ini melalui klinik pengamal perubatan, klinik estetik dan klinik perubatan fungsian bagi memastikan pengguna memperoleh nasihat profesional sebelum menggunakannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN