fbpx
ADNAN (depan tiga dari kanan) melepaskan ikan asli di Santuari Ikan Asli Kuala Sat di Jerantut hari ini.

Perikanan darat jana hasil lebih RM200 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Sektor perikanan darat terus memberikan sumbangan signifikan kepada hasil negara apabila merekodkan jumlah pendaratan sebanyak 9,912.19 tan metrik dengan nilai keseluruhan lebih RM200 juta pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, statistik tersebut membuktikan kepentingan ekosistem perairan darat sebagai sumber ekonomi serta keperluan pengurusan sumber secara mampan.

“Daripada jumlah itu sungai menjadi penyumbang utama dengan pendaratan sebanyak 8,276.73 tan metrik bernilai RM185 juta, diikuti oleh tasik sebanyak 608.74 tan metrik (RM7.8 juta) dan empangan 571.30 tan metrik (RM5.5 juta),

“Kemudian bekas lombong merekodkan pendaratan 453.49 tan metrik (RM2.1 juta) dan lain-lain sumber perairan sebanyak 1.93 tan metrik (RM23.8 juta),”katanya pada Program Pelepasan Ikan Asli di Santuari Ikan Asli Kuala Sat di sini hari ini.

Pada majlis itu Adnan telah melepaskan sebanyak 32,000 ekor benih ikan tempatan terdiri daripada ikan kelah dan ikan lampam sungai ke habitat semulajadi.

Dalam pada itu beliau berkata, program pelepasan ikan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memulihkan populasi ikan asli, memperkayakan sumber perikanan darat serta memastikan keseimbangan ekosistem perairan terus terpelihara.

Katanya, dalam tempoh enam bulan sehingga Jun lalu Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pelepasan sebanyak 2.7 juta benih ikan asli di seluruh negara dengan 941,510 ekor ikan dilepaskan di Pahang.

Katanya, usaha itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan darat serta pemulihan stok ikan asli untuk manfaat generasi akan datang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN