fbpx
RAHIM ketika bertemu rakan-rakan nelayan bagi mendapatkan maklumat keperluan golongan tersebut ketika ditemui di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.

Semua anak habis sekolah hasil jadi nelayan kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Kudung se­belah kaki akibat digilis motosikal ketika berjalan kaki ke sekolah di Kampung Gelam, di sini, bukan noktah buat seorang lelaki, malah menjadi penguat dirinya mencari rezeki buat keluarga.

Kekurangan fizikal sejak berusia 11 tahun menjadi pembakar semangat buat Rahim Omar, 62, yang membuktikan dirinya mampu mencari rezeki sebagai nelayan sejak lebih tiga dekad lalu biarpun setiap hari perlu berdepan risiko ribut, ombak besar dan ancaman buaya.

Jelasnya yang merupakan anak ke-11 daripada 17 adik-beradik itu, rutin ke laut sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya apabila keluar menangkap hasil laut seawal selepas solat subuh sebelum me­nyambung semula pada sebelah petang.

“Ada hari saya dapat 30 hingga 40 kilogram ikan, ketam dan udang. Ada juga hari pulang tangan kosong. Kadang-kadang hasil tak cukup pun untuk tampung minyak bot.

“Jatuh tu dah biasa sangat sebab saya jalan pun pakai tongkat, inikan ketika urus bot, sampan, namun, ia tak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk mencari rezeki buat ­keluarga.

“Rezeki inilah yang digunakan sepenuhnya untuk empat anak-anak saya habis bersekolah dengan yang bongsu berusia 18 tahun masih bersekolah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Bagan Pinang, di sini semalam.

Rahim berkata, kehidupan sebagai nelayan tidak pernah menjanjikan pendapatan tetap ke­rana segala-galanya bergantung kepada rezeki.

Bagaimanapun, menurutnya, sebelum ini dia turut menjual hasil laut secara kecil-kecilan menerusi tempahan pelanggan dan penghantaran terus, namun kini perniagaan itu banyak diuruskan oleh anak-anaknya.

Mengimbau pengalaman sepanjang lebih 30 tahun menjadi nelayan di Kuala Lukut, Rahim mengakui pernah berdepan ribut di tengah laut selain terserempak dengan buaya ketika bersendirian.

Rahim berharap lebih ramai golongan orang kurang upaya berani berdikari dan tidak menjadikan kekurangan fizikal sebagai alasan untuk berhenti berusaha mencari rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN