fbpx
DUA beradik antara dituduh menguruskan pusat operasi judi dalam talian di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Dua beradik antara 4 dituduh urus pusat judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menguruskan pusat operasi judi secara dalam talian, April lalu.

Kesemua tertuduh iaitu dua beradik Eow Yao Ping, 25 dan Eow Yong Huang, 30, serta Tan Yan Zhong, 25, dan Cheng Chean Seng, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka dituduh secara bersama menguruskan rumah judi terbuka iaitu sebuah pusat operasi judi dalam talian di Taman Kampung Raja, di sini kira-kira pukul 4.20 hingga 6 petang, 7 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Saffiya Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun kesemua tertuduh memohon agar jaminan rendah dikenakan selain menjelaskan tiada halangan hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 seorang dan mereka membayar jaminan dikenakan. Kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN