fbpx

Suami kuat berpeluh, Intan Najuwa sekolahkan netizen!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Najuwa bersama suami tersayang.

TERGELAK besar Mizz Lahar mengenang semula perkongsian TikTok aktres Datin Intan Najuwa yang rajin melayani pertanyaan peminat, baru-baru ini.

Bukan apa, dalam perkongsian video sambutan hari lahir suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, ada peminat yang bertanyakan keadaan insan kesayangan pelakon itu.

Lucunya, perkara yang menimbulkan kemusykilan peminat mengenai peluh.

Menjawab pertanyaan individu yang dikenali sebagai Lana, Intan, 26, turut mengakui suaminya seorang yang kuat berpeluh.

Namun pada masa sama, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid sempat ‘sekolahkan’ individu itu yang dianggap menanyakan soalan tidak cerdik.

Sejujurnya, kalau Mizz Lahar pun boleh sentap sebab dalam banyak-banyak soalan, pasal peluh juga yang diangkat jadi modal.

Mizz Lahar: Berbelah bahagi nak dengar album terbitan label Warner Music Malaysia selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI