fbpx
Nama Pak Nil mula meledak sekitar 1990-an menerusi program hiburan dan kanak-kanak.

63 tahun, Pak Nil masih disukai semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM dunia hiburan yang semakin bising dengan kontroversi, sensasi media sosial dan perang kandungan digital, bukan mudah untuk seseorang pengacara bertahan lebih tiga dekad tanpa tenggelam seperti Datuk Aznil Nawawi.

Anak kelahiran Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu bukan datang daripada keluarga berlatarbelakangkan hiburan atau laluan glamor yang mudah.

Sebelum bergelar ikon televisyen, Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya (UM) dan pernah bekerja dalam sektor perbankan sebelum memilih dunia penyiaran sebagai medan perjuangan sebenar.

Dari situlah bermula perjalanan seorang anak seni yang akhirnya membina nama melalui disiplin, kerja keras dan kebolehan membaca emosi penonton.

Nama Pak Nil mula meledak sekitar 1990-an menerusi program hiburan dan kanak-kanak sebelum mencipta fenomena melalui rancangan seperti Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak dan pelbagai acara anugerah besar.

Menariknya, ketika ramai pengacara bergantung kepada populariti semata-mata, beliau membina reputasi melalui kredibiliti. Sebab itu apabila beliau sendiri mengakui gelaran ‘pengacara nombor satu negara’ sebenarnya membebankan.

Menurutnya, pengiktirafan diterima bukan untuk dibangga, sebaliknya mahu dijadikan penanda aras kepada pengacara lain supaya terus bekerja keras untuk menjadi bukan sahaja popular, tetapi terbaik dalam bidang diceburi.

“Inilah strata perlu dilihat pengacara lain, berusaha keras supaya dapat mengatasi kedudukan saya sekarang.

“Apabila usaha keras ini dicapai, baru layak untuk digelar sebagai ‘nombor satu’ oleh sesiapa sahaja seperti media, netizen, malah oleh negara sendiri,” katanya.

Kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan cara fikir Pak Nil yang berbeza daripada kebanyakan selebriti lain di mana beliau tidak melihat gelaran sebagai tempat selesa untuk duduk lama, tetapi sebagai tekanan memaksa diri terus mencipta rekod baharu.

Lapan kali beliau menang anugerah Pengacara Paling Popular dan Pengacara TV Terbaik. Malah pernah memenangi Anugerah Televisyen Asia pada 2005. Itu bukan nasib. Itu konsisten.

Tambahnya, antara sebab utama beliau terus bekerja keras adalah kerana cintanya terhadap dunia penyiaran selain enggan dirinya dipandang rendah atau diperkotak-katikkan pihak lain.

Beliau bukan sekadar pengacara yang pandai bercakap di depan kamera, tetapi seorang figura yang faham seni mengawal suasana.

Kalau tetamu gugup, Pak Nil tenangkan. Kalau suasana hambar, beliau hidupkan. Kalau ada konflik kecil di pentas, dia pandai ‘cover line’ tanpa menjatuhkan sesiapa.

Sebab itu ramai orang industri menganggap beliau sebagai pengacara yang ‘selamat’ untuk program besar.

Malah, menerusi program Talk To My Manager yang kini sudah memasuki musim kedua, sisi itu semakin jelas kelihatan.

Beliau tahu bagaimana mahu bermain emosi penonton tanpa nampak dibuat-buat.

Beliau tahu bila perlu tegas, melawak dan paling penting, tahu bila perlu diam.

Ramai orang boleh jadi hos kerana pandai bercakap depan kamera, tetapi tidak semua orang ada seni mengawal suasana secara langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN