fbpx
Suasana Festival Rain Rave Music 2026 yang menjadi kontroversi di Kuala Lumpur kelmarin.

Hiburan tanpa arah undang persoalan integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penganjuran Festival Rain Rave Water Music 2026 terus mengundang pelbagai reaksi apabila timbul persoalan bukan sahaja dari sudut hiburan, malah melibatkan integriti pentadbiran, keutamaan dasar awam dan penggunaan sumber negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut yang dilihat melangkaui perbezaan pandangan masyarakat, sebaliknya menyentuh asas tadbir urus yang baik.

“Jika penganjuran ini melibatkan dana awam sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia wajib dinilai dari sudut keberkesanan, impak ekonomi sebenar serta pulangan kepada sektor pelancongan negara.
“Program berskala besar tidak boleh sekadar menjadi acara popular jangka pendek tanpa hasil yang boleh diukur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lebih membimbangkan adalah persepsi awam terhadap aspek kawalan dan penguatkuasaan sepanjang acara tersebut.

Katanya, rakaman yang tular menimbulkan persoalan kemungkinan berlakunya aktiviti tidak sihat termasuk penyalahgunaan bahan terlarang serta tahap pemantauan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menggesa penjelasan terbuka daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berhubung objektif, kos serta impak sebenar program berkenaan.

Ujarnya, beliau turut mencadangkan audit menyeluruh dilakukan termasuk melibatkan sumber kewangan dan pihak penganjur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN