fbpx
Ahmad Zahid

Hiburan ada batas, nilai jangan tergugat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UMNO menegaskan bahawa setiap penganjuran program hiburan di negara ini perlu berpaksikan prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai, adab serta sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandang serius pandangan yang dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu berkenaan.

Menurut beliau, pandangan tersebut wajar dihormati kerana mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap penganjuran program tertentu.

“Sehubungan itu, UMNO meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya.

“Garis panduan juga perlu diperkemas serta diperketatkan agar setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama dan identiti negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, prinsip yang dipegang adalah jelas iaitu hiburan bukan sesuatu yang salah, namun ia perlu mempunyai batas tertentu.

“Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat. Penganjur juga wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara,” ujarnya.

Tegas Ahmad Zahid, pendirian tersebut mencerminkan komitmen UMNO dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan nilai dalam masyarakat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN