‘Kita rampas kembali Kesidang, buka langkah lebih baik ke Putrajaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr. Ab Rauf Yusoh yakin  kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menurut beliau, kesepakatan kedua-dua gabungan menerusi semangat Muafakat Melaka tersebut berpotensi membawa perubahan besar kepada landskap politik negara, sekali gus membuka laluan lebih luas ke arah Putrajaya.

“Kita rampas kembali Kesidang dan kembalikannya kepada Muafakat Melaka. Itulah yang saya katakan tadi, akan berlaku satu perubahan yang cukup besar.

“Sekiranya kita berjaya di DUN Kesidang, ia menunjukkan satu isyarat yang cukup besar bahawa gerakan di Melaka ini akan membuka langkah yang lebih baik menuju ke Putrajaya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan DUN Kesidang di Malim Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir calon PN bagi DUN Kesidang, Albert Kok.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN dan PN selepas seminggu berkempen, selain melihat kesepakatan antara kedua-dua gabungan itu semakin terserlah menerusi semangat Muafakat Melaka.

“Saya lihat semua jentera di setiap peringkat, baik PN mahupun BN, sudah menggerakkan usaha masing-masing dan membuktikan kesepakatan ini. Saya amat berpuas hati.

“Saya sekali lagi sudah katakan, orang Melaka ini seperti bulan puasa, tidak sabar menunggu waktu berbuka.

“Tunggulah waktu berbuka, apabila azan Maghrib berkumandang, kita lihat bagaimana cara mereka (pengundi) mengundi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN