fbpx
Mayat seorang wanita didapati masih dalam keadaan sempurna selepas ditemui ditanam dalam simen kolah mandi sebuah rumah.

‘Saya dengar suara misteri minta tolong, mengilai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Penemuan mayat seorang wanita yang ditanam dalam simen di kolah bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, di sini, membongkar kisah misteri daripada penduduk sekitar.

Seorang jiran yang enggan dikenali memaklumkan dia pernah mendengar suara misteri me­minta tolong dan mengilai-ngilai pada malam-malam tertentu dari rumah tersebut.

Dia yang tinggal berdekatan rumah itu berkata, keadaan tersebut membuatkan dirinya berada dalam ketakutan dan curiga dengan suara-suara pelik berkenaan.

“Saya juga pernah melihat seseorang seperti mengintai dari rumah itu, sedangkan penyewanya tiada di rumah. Kejadian berlaku ketika saya mahu menutup pintu rumah kira-kira pukul 2 pagi. Jadi cepat-cepat saya tutup pintu.

“Situasi ini dialami selama setahun pada malam-malam tertentu dan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang 30 tahun tinggal di kawasan perumahan ini,” katanya.

Lelaki tersebut juga me­ngakui terkejut dengan pene­muan mayat tersebut yang berkemungkinan telah me­rungkai kejadian aneh yang dialaminya selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN