fbpx
Gambar hiasan.

Orang Pontian rugi RM2.46 juta dikebas ‘scammer’ dalam 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebanyak 260 kes jenayah komersial membabitkan kerugian berjumlah RM2.46 juta dilaporkan di daerah ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 97 individu ditahan, manakala 67 daripada mereka dituduh di mahkamah atas kesalahan menjadi keldai atau ‘mule account’.

Menurut beliau, kes penipuan yang paling tinggi direkodkan adalah ‘phone scam’ iaitu sebanyak 118 kes membabitkan kerugian berjumlah RM1.077 juta.

Kes penipuan lain yang dilaporkan adalah pelaburan tidak wujud sebanyak 25 kes dengan kerugian RM853,495.66 dan pinjaman tidak wujud iaitu 17 kes dengan kerugian RM63,850.25.

“Turut direkodkan ‘love scam’ sebanyak lima kes melibatkan kerugian RM35,270, 23 kes ‘phishing scam’ (RM112,051.21), 57 kes penipuan pembelian dalam talian (RM216,465.98), dua kes pecah amanah jenayah (RM75,560) dan lain-lain kes (RM5,000),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 260 kertas siasatan dibuka dengan 251 siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (6), Seksyen 408KK (2) dan Seksyen 4 Akta Jenayah (1).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN