fbpx
KEJADIAN sebuah MPV polis dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di bahu jalan di Lebuh AMJ dekat Semabok, Melaka pagi tadi.

MPV polis dirempuh pemandu disyaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di bahu jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Semabok di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, siasatan awal mendapati MPV PDRM terbabit sedang menjalankan rondaan di kawasan pentadbiran Balai Polis Kandang dan Balai Polis Tiang Dua.

Menurut beliau, ketika kejadian, anggota polis telah memberhentikan MPV berkenaan di bahu jalan dengan lampu beacon serta lampu kecemasan dipasang bagi menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan.

“Bagaimanapun, sebuah kereta yang datang dari arah belakang dipercayai telah melanggar bahagian sisi kanan belakang MPV PDRM tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan dan kemalangan hanya mengakibatkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan yang terlibat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemandu kereta persendirian itu merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Ujian saringan pernafasan yang dijalankan mendapati bacaan alkohol melebihi had yang ditetapkan, manakala saringan awal air kencing adalah negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Lelaki tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi permohonan reman,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN