fbpx
Gambar hiasan

Upah kerja sampingan tak dapat, simpanan RM63,438 yang lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam wanita berputih mata wang simpanan berjumlah RM63,438 lesap akibat terperdaya dengan skim pekerjaan yang tidak wujud.

Wanita berusia 43 tahun tersebut yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 8.27 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, penjawat awam tersebut telah dihubungi oleh individu tidak dikenali pada Jumaat lalu.

“Mangsa telah ditawarkan kerja sambilan dalam talian iaitu membuat transaksi pindahan wang ke dalam akaun bank diarahkan.

“Dia yang tertarik dengan upah kononnya lumayan yang dijanjikan kemudiannya telah dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Telegram,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, wanita terbabit terus mengikut arahan membuat beberapa transaksi lain kononnya sebagai syarat untuk menebus upah dijanjikan berkenaan.

Beliau berkata, penjawat awam itu melakukan keseluruhan 18 transaksi melibatkan amaun RM63,438 yang merupakan simpanannya.

“Transaksi itu dilakukan antara 11.32 pagi, Ahad lalu hingga 12.28 tengah hari semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN