fbpx

Wujud kekeliruan pelantikan jawatankuasa masjid, surau di Melaka – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad.

MELAKA – Kaedah pelaksanaan pelantikan jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini bagi sesi 2024-2026 telah disalah tafsir sehingga berlakunya kekeliruan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, beliau berharap agar semua pihak tidak menjadikan isu tersebut sebagai polemik.

Tegasnya, beliau bersetuju bahawa urusan umat Islam adalah hak orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh masuk campur.

“Begitu juga kami (orang Islam) tak ikut campur urusan lain-lain agama. Saya juga Islam dan tidak membenarkan sama sekali perkara ini boleh berlaku.

“Terdapat kekeliruan dalam memahami kaedah pelaksanaan perlantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka. Saya akan buat siaran yang lebih jelas lagi supaya tiada yang jadikan polemik dan mainkan isu politik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dikatakan membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan Islam mencadangkan pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI