fbpx
ABDUL Hisham ditemukan meninggal dunia selepas rebah di pekarangan Masjid Al-Huda, Kelang Lama, Kulim hari ini.

Peniaga burger meninggal dunia di pekarangan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang peniaga burger meninggal dunia selepas terjatuh dari motosikal sebelum tersembam di pekarangan Masjid Al-Huda di Kelang Lama, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 7.10 malam itu berlaku ketika mangsa, Abdul Hisham Ismail, 56, dipercayai mahu menunaikan solat di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima panggilan daripada petugas Hospital Kulim yang memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan parkir masjid sebelum disahkan meninggal dunia.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu menunjukkan mangsa menunggang motosikal memasuki kawasan parkir sebelum terjatuh secara tiba-tiba dan tersembam di atas jalan.

“Orang awam yang menyedari kejadian itu segera memberikan bantuan sebelum pihak perubatan tiba di lokasi. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang masih bujang berniaga burger di kawasan berhampiran masjid berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

“Mangsa dipercayai tinggal di sebuah bilik stor miliknya sejak tiga tahun lalu kerana tidak mampu menyewa rumah. Siasatan turut mendapati lelaki itu mempunyai sejarah penyakit jantung, namun tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya.

Mayat Abdul Hisham dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN