fbpx
Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Muhamad Akmal Saleh (tiga, kanan) turut hadir dalam program CSR ISP Group.

ISP Group bantu 30 keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ISP Group menzahirkan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2026 di Rumah Transit Asnaf Melaka di Serkam, Jasin baru-baru ini.

Kumpulan telah menyumbang dua buah kerusi roda bagi membantu memenuhi keperluan mobiliti penghuni rumah transit, selain menyerahkan beg cende­rahati serta sumbangan tunai kepada 30 keluarga asnaf bagi meringankan perbelanjaan hari­an mereka.

Pengarah Urusan ISP Group, Eric Ng berkata, pihaknya percaya setiap kejayaan yang dikecapi akan menjadi lebih bermakna apabila dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

Jelasnya, sebagai sebuah syarikat yang membangunkan ruang untuk masyarakat tinggal dan bekerja, ISP Group merasa bertanggungjawab untuk menyokong sebuah institusi yang menjalankan peranan sama dalam membantu antara golo­ngan paling memerlukan dalam komuniti.

“Kami berharap bantuan yang dihulurkan hari ini dapat menjadi sinar harapan serta membawa keberkatan kepada semua,” katanya.

ISP Group merupakan kumpulan syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan pelaburan hartanah perindustrian, khususnya Gudang Logistik dan Hab Pembuatan (LWMH) serta Penginapan Pekerja Binaan Khas (PBWA).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN