fbpx
SWITZERLAND meraikan kemenangan tipis ke atas Columbia, sebentar tadi.

Piala Dunia 2026: Switzerland patahkan impian Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VANCOUVER – Switzerland mencipta sejarah apabila mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 72 tahun selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium BC Place, awal pagi tadi.

Kejayaan itu turut menyaksikan Switzerland melakar kemenangan kedua berturut-turut di pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di pentas Piala Dunia, sekali gus menempah pertemuan dengan juara bertahan, Argentina.

Selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan, Colombia akhirnya menerima padah apabila Davinson Sanchez gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas percubaannya terkena palang, sebelum Gregor Kobel muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Cucho Hernandez.

Ruben Vargas kemudian tenang menyempurnakan sepakan terakhir Switzerland untuk memastikan kemenangan skuad kendalian Murat Yakin sekali gus menamatkan cabaran Colombia yang sekali lagi kecewa menerusi penentuan penalti.

Colombia sebenarnya memiliki peluang terbaik untuk menamatkan perlawanan pada masa tambahan, namun tandukan Jhon Lucumi sekadar menggegarkan palang sebelum Jaminton Campaz pula mensia-siakan peluang keemasan apabila gagal menyempurnakan percubaan ketika hanya berdepan penjaga gol.

Switzerland yang turun tanpa tonggak muda sensasi, Johan Manzambi akibat kecederaan turut kehilangan Luca Jaquez dan Michel Aebischer, namun berjaya mempamerkan disiplin tinggi untuk mengekang asakan Colombia sepanjang perlawanan.

Colombia turut beraksi tanpa penyerang utama, Jhon Cordoba yang mengalami kecederaan ketika membantu pasukan menewaskan Ghana pada pusingan terdahulu, namun masih mampu memberi tentangan sengit apabila Gustavo Puerta hampir meletakkan pasukannya di depan menerusi rembatan jarak jauh yang berjaya ditepis Kobel.

Kemenangan itu menyaksikan Switzerland akhirnya menamatkan penantian panjang sejak edisi 1954 untuk kembali beraksi di suku akhir Piala Dunia, manakala Colombia sekali lagi pulang hampa selepas tewas menerusi penentuan penalti pada dua penampilan terakhir mereka di kejohanan itu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN