fbpx

FBI buru Sarjan tentera Amerika tembak mati 22 orang di Maine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Card dikenal pasti sebagai jurulatih senjata api bertauliah. - AFP

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu suspek amukan senjata api yang mengorbankan seramai 22 orang di bandar Lewiston, Maine kelmarin, lapor portal berita TRT World.

Operasi itu merangkumi pencarian di hutan, laluan air dan sebilangan bandar kecil.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Robert Card, 40, yang merupakan seorang askar simpanan kerana membunuh, kata Ketua Polis Maine, Kolonel William Ross.

Tambahnya, Card dianggap ‘bersenjata dan berbahaya’ dan beliau meminta orang ramai untuk tidak mendekati suspek.

Jabatan polis Lewiston menyiarkan imej seorang lelaki berjanggut memakai hoodie coklat dan seluar biru serta bersenjatakan raifal.

Insiden tembakan menyasarkan gelanggang boling dan bar di Lewiston malam kelmarin adalah antara yang paling berdarah sejak 2017 apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang semasa festival muzik di Las Vegas dan membunuh 60 orang.

Card ialah seorang jurulatih senjata api bertauliah, demikian menurut pelbagai sumber penguatkuasa undang-undang.

Tentera AS memberikan butiran mengenai perkhidmatan ketenteraan Card, mengatakan dia telah mendaftar pada Disember 2002 dan merupakan sarjan kelas pertama dalam Rizab Tentera.

“Pihak tentera itu tidak melatih Card yang merupakan Sarjan Kelas Pertama (SFC) sebagai jurulatih senjata api dan dia juga tidak berkhidmat dalam kapasiti tersebut untuk tentera simpanan,” kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan.  – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI