KUALA KANGSAR – Seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah ini ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan hari ini.
Tinjauan di media sosial menyatakan banyak kenderaan polis berada di sekitar sekolah dipercayai bagi menyiasat kejadian berkenaan.
Polis ketika ditanya berhubung perkara ini memaklumkan ada menerima maklumat, namun enggan mengulas lanjut.- KOSMO! ONLINE














