TANGKAP layar menunjukka dua remaja bergaduh di saf belakang ketika jemaah lain mengerjakan solat Subuh. - AGENSI

Jemaah tengah khusyuk solat Subuh, dua remaja selamba bertumbuk di saf belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Suasana khusyuk jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh dilaporkan terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua remaja lelaki, lapor saluran berita Radar Kediri. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku di sebuah masjid di kawasan Tanah Tinggi, Johar Baru, Jakarta Pusat, pada Ahad lalu sekitar jam 4.22 pagi (waktu tempatan). 

Pergaduhan tersebut tercetus ketika jemaah sedang menunaikan solat secara berjemaah. 

Menyedari keadaan yang semakin tegang, beberapa penduduk setempat dan jemaah bertindak pantas meleraikan kedua-dua remaja berkenaan. 

Setakat ini, punca serta motif sebenar di sebalik pertelingkahan di dalam masjid itu masih belum dikenal pasti. 

Insiden berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi serta kecaman daripada warga maya yang rata-ratanya menzahirkan kebimbangan dan menegaskan kepentingan menjaga ketenteraman serta kesucian rumah ibadat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN