Mohd. Zafir ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 Edisi Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Seremban hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

SUK tidak terima maklumat, surat letak jawatan MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan tidak menerima sebarang maklumat atau surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim setakat ini, susulan kemelut yang melanda negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, beliau sendiri hanya mengetahui perkembangan mengenai peletakan jawatan itu menerusi media sosial pada malam 16 November lalu.

“Saya pun tahu pada malam 16 November itu melalui media sosial dan sebagainya. Setakat ini, tiada sebarang surat diterima daripada Menteri Besar.

“Saya pun dalam beberapa hari ini tidak bertemu dengan beliau (Ismail) ,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 Edisi Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Seremban hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut perkenan berangkat menyempurnakan majlis berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN