Tangkap layar rakaman memaparkan aksi dua ekor anjing K9 bergaduh sesama sendiri ketika melakukan demonstrasi.

[VIDEO] ‘Masa rehearsal tak fokus, hari kejadian gigit member sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat dua ekor anjing pengesan (K9) yang sepatutnya melakukan demonstrasi ketika satu majlis rasmi bertukar mencuri perhatian apabila dilihat saling bergaduh sesama sendiri.

Menerusi perkongsian di Threads Jabatan Penjara Malaysia, insiden tersebut berlaku ketika Majlis Tamat Latihan Kursus Timbalan Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara dan Pegawai Penjara 2026.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, kedua-dua anjing berkenaan dilihat saling menggigit sehingga anggota yang mengendalikannya terpaksa mengawal keadaan.

Situasi itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna media sosial yang terhibur melihat aksi di luar jangka haiwan berkenaan.

Ada yang menyifatkan aksi tersebut seperti demonstrasi di luar skrip, malah mengaitkannya dengan insiden ketika sambutan Hari Kebangsaan.

“Demo luar daripada skrip. Dah macam ulang tayang masa Merdeka pula. K9 Sai Ya dan K9 Kun Ta,” komen @izzetii.

“Weh, tak kan dendam waktu hari kemerdekaan tak habis lagi,” komen @hazimahyazan pula.

“Orang suruh tangkap penjenayah dik, bukan bergaduh,” tulis @deeannazkra.

Pengguna @zarulzhh pula berseloroh mendakwa pergaduhan itu mungkin berpunca daripada perselisihan dalaman antara kedua-dua anjing berkenaan.

“Ini mesti ada isu dalaman. Member cari peluang terbaik untuk balas balik. Berebut makan di dalam lah tu, tak puas hati depan orang ramai dia balun kawan itu. Nasib baik sama level, kalau tak lunyai juga kena!” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN