fbpx

Martin cemerlang dominasi GP San Marino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin meraih kemenangan kedua musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano sebentar tadi.

MISANO – Pelumba pasukan Pramac Racing, Jorge Martin meneruskan aksi cemerlang apabila menguasai sepenuhnya saingan sebelum memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano sebentar tadi.

Memulakan saingan di petak pertama, pelumba dari Sepanyol itu langsung tidak memberikan ruang kepada pelumba lain apabila memimpin perlumbaan sejak pusingan pertama sehingga ke garisan penamat.

Lebih manis, kemenangan itu menjadi gelaran berganda buat dirinya pada saingan di Misano minggu ini memandangkan Martin turut memenangi perlumbaan ‘sprint’ yang berlangsung semalam.

“Secara jujur saya tidak boleh lakukan perkara ini tanpa bantuan pasukan. Kami bekerja sangat keras dan sudah berikan segala-galanya bagi membuktikan kemampuan diri selain bersaing dengan Marco (Bezzecchi) dan (Francesco) Bagnaia.

“Saya cuba untuk kekalkan kedudukan di hadapan. Apabila sedar mereka semakin rapat, saya cuba untuk jarakkan kedudukan dan beza tidak terlalu jauh dengan Marco, jadi saya gembira dengan kemenangan ini,” kata Martin selepas tamat perlumbaan.

Mengiringi Martin di podium hari ini adalah pelumba pasukan Mooney VR46 Racing, Marco Bezzecchi yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti juara dunia dari Ducati, Francesco Bagnaia di tempat ketiga.

Hasil kemenangan tersebut, Martin kini mengumpul 247 mata keseluruhan dalam senarai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), hanya 36 mata dibezakan dengan Bagnaia selaku pendahulu saingan musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI