fbpx

Empat cara jenama fintech tempatan ini terus merevolusikan pasaran Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boost pelopor sektor khidmat kewangan.

SELALUNYA, apabila kita membincangkan tentang syarikat teknologi berprestij, kita cenderung untuk memikirkan jenama dari luar negara seperti Singapura, China dan Amerika Syarikat.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat berbangga dengan makanan, budaya dan alam semula jadi tetapi jarang sekali kita mengambil perhatian tentang syarikat-syarikat tempatan.

Walaupun bertahun-tahun Malaysia berusaha untuk menjadi hab digital dan teknologi, masih terdapat persepsi masyarakat bahawa syarikat tempatan tidak dapat bersaing di peringkat global.

Sehubungan itu, kita perlu memperbetulkan persepsi berkenaan kerana Malaysia mempunyai banyak jenama teknologi inovatif yang bukan sahaja sedang merevolusikan pasaran tempatan, tetapi turut merentasi rantau Asia Tenggara.

Salah satu syarikat tempatan yang telah membanggakan negara ialah Boost iaitu cabang teknologi kewangan spektrum penuh Axiata.

Berikut adalah empat cara Boost terus mempelopori sektor perkhidmatan kewangan di rantau ini:

1. Bukan sekadar e-dompet
Pada 2017 Boost bermula sebagai salah satu penyedia e-dompet tempatan pertama yang mempopularkan pembayaran kod QR. Boost membantu pengguna membayar tanpa tunai dan membawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke dalam ekonomi digital.

Memandangkan permintaan digital terus meningkat, aplikasi Boost turut berkembang menjadi aplikasi fintech semua dalam satu yang memudahkan kehidupan harian.

Kini, lebih 10 juta pengguna Boost boleh menyelesaikan hampir segala keperluan kewangan mereka dengan mudah daripada pembayaran tanpa tunai sehingga ke pengurusan bil, transaksi dalam talian, ganjaran kesetiaan dan banyak lagi.

Boost juga diiktiraf sebagai penyelesaian sehenti paling komprehensif dan unik untuk pengurusan bil dalam pasaran tempatan apabila aplikasinya memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2023 untuk kategori Digital – Teknologi Kewangan.

2. Pendigitalan PMKS
Boost juga terus memperkenalkan inovasi untuk menangani jurang pasaran dan isu-isu pendigitalan yang dihadapi oleh PMKS.

Contohnya, dengan Biz Merchant Wallet Boost iaitu dompet perniagaan tempatan pertama dengan saiz sehingga RM500,000 yang memudahkan transaksi berkaitan perniagaan dengan pembayaran segera.

Melalui Biz Merchant Wallet, peniaga boleh memperkemas proses perniagaan dan akses kepada aliran tunai yang amat penting untuk perniagaan PMKS.

Dengan penyelesaian perniagaan Boost, PMKS boleh mendigitalkan perniagaan mereka dengan lancar, mengoptimumkan aliran tunai mereka, memperoleh perisikan perniagaan dan banyak lagi.

3. Memacu keterangkuman kewangan
Boost juga mempunyai sebuah perniagaan pembiayaan mikro yang menawarkan akses mudah untuk PMKS mendapatkan pembiayaan.

Melalui Boost, gerai-gerai tepi jalan dan perniagaan kecil boleh menikmati aplikasi digital sepantas lima minit dengan pengeluaran dana dalam masa 48 jam selepas kelulusan tanpa memerlukan cagaran.

Antara penyelesaian yang ditawarkan oleh Boost termasuklah modal pembiayaan patuh Syariah jangka panjang sehingga tempoh 12 bulan bermula RM1,000 sehingga RM100,000. Terdapat juga CapitalX, pembiayaan patuh Syariah jangka pendek sehingga tempoh 60 hari.

Sejak penubuhannya, perniagaan pembiayaan mikro Boost telah berkembang pesat, dengan lebih RM3 bilion pembiayaan diagihkan di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Tidak menghairankan bahawa Boost adalah salah satu daripada lima pemohon lesen bank digital dari Bank Negara Malaysia yang berjaya.

4. Merentas sempadan
Di peringkat serantau, pembayaran rentas sempadan Boost juga telah memacu pertumbuhan perniagaan untuk lebih 100 rakan kongsi digital global di seluruh Asia Tenggara seperti Google Play, Apple App Store, Spotify, Netflix, Steam, Garena, dan lain-lain.

Boost membanggakan rakyat Malaysia kerana ia terus berkembang di seluruh rantau ini. Selain menggandakan usahanya di Indonesia, Boost juga akan berkembang di pasaran baharu seperti Kemboja.

Mari kita semua sokong Boost dan meletakkan Malaysia di peta industri fintech serantau dan global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI