Pendedahan berulang terhadap kandungan di media sosial secara tidak langsung menyebabkan individu menghabiskan masa berjam-jam di platform itu. Algoritma media sosial pula seolah-olah mempengaruhi minda pengguna sehingga mendorong berlakunya perbandingan sosial dan menjadikan gaya hidup mewah sebagai suatu normalisasi dalam masyarakat masa kini. Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri yang pakar dalam bidang kewangan pengguna berkata, keadaan begini mendorong pengguna berbelanja bukan lagi berdasarkan fungsi atau keperluan sebenar. Sebaliknya fokus lebih tertumpu kepada……














