fbpx

PRN: Laluan Pusat Penjumlahan Undi SPT ditutup 5 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng San (kiri) ketika sidang akhbar di IPD SPT, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Beberapa jalan utama dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Batu Kawan akan ditutup pukul 5 petang, esok bagi memastikan kelancaran proses pengiraan undi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bagi kawasan Permatang Pauh, jalan yang akan ditutup adalah berhadapan Pusat Penjumlahan Undi di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam iaitu simpang tiga Jalan Berapit dan Jalan Mengkuang.

Katanya, jalan itu akan ditutup untuk semua kenderaan bermula dari Taman Bukit Noning di sebelah kiri selain jalan berhampiran Simpang Tiga Mengkuang-Berapit.

“Bagi kawasan Pusat Penjumlahan Undi DUN Berapit iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam, simpang tiga Jalan Berjaya dan Jalan Kampung Baru sehingga simpang tiga Jalan Berjaya dan Jalan Maju akan ditutup.

“Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin yang dijadikan Pusat Penjumlahan Undi bagi DUN Machang Bubok pula, Jalan Binjai berhadapan sekoolah sehingga Jalan Lontang Bayu Mutiara turut akan ditutup.

“Pengguna jalan raya bioleh menggunakan laluan alternatif dari Jalan Binjai ke Lintang Bayu Mutiara dan Lintang Bayu Mutiara ke Jalan Binjai menggunakan Lorong Binjai 4,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata jalan simpang tiga Jalan Betik ke Son Ban Kheng sehingga simpang tiga Jalan Betik dan Sungai Rambai ditutup bagi melancarkan proses pengiraan undi di Pusat Penjumlahan Undi di Pejabat Daerah dan Tanah SPT.

“Jalan alternatif yang boleh digunakan adalah Jalan Seri Bukit bagi pengguna dari Jalan Son Ban Kheng ke Sungai Rambai dan sebaliknya.

“Bagi Pusat Penjumlahan Undi meliputi DUN Perai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun di Dewan Kolej Vokasional Seberang Perai, jalan yang akan ditutup adalah simpang tiga Jalan Bukit Minyak 2 – Jalan Carnation sehingga Jalan Bukit Minyak 2 – Lorong Bukit Minyak.

“Jalan alternatif yang boleh dilalui adalah Lorong Bukit Minyak 13, Lorong Bukit Minyak dan dari Bukit Tengah ke Taman Sentul, pengguna jalan raya boleh melalui Lorong Bukit Minyak 1 dan Loring Bukit Minyak 13,” katanya.

Untuk rekod, seramai 1,222 pegawai dan anggota ditugaskan esok bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI