fbpx

PRN: Kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh keluar parti, umum sokong Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (duduk, kiri) bersama Kepimpinan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Ketereh yang keluar parti pada sidang akhbar di Majlis Ramah Mesra Bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang di Seri Puri, Bukit Marak di Ketereh hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI / KOSMO!

KOTA BHARU – Kepimpinan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Ketereh mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai dan keluar daripada UMNO berkuat kuasa hari ini selain memberi sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, kepimpinan itu terdiri daripada Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ketereh iaitu Kamaruddin Said bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Sabariah Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar.

Menurutnya, selain itu, 18 kepimpinan melibatkan setiausaha, ahli jawatan kuasa (AJK) Wanita, ketua penerangan, AJK Pemuda dan pelbagai peringkat UMNO Bahagian Ketereh turut berbuat tindakan sama hari ini.

“Selain itu, 20 AJK Jawatan Kuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Haji Musa di sini termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap secara beramai-ramai meletakan jawatan serta-merta.

“Keadaan itu juga menjadikan bahawa Jawatan Kuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Haji Musa dibubarkan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Ramah Mesra Bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang di Seri Puri, Bukit Marak di sini hari ini.

Annuar (kiri) menyambut ketibaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Majlis Ramah Mesra Bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang di Seri Puri, Bukit Marak di Ketereh hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI / KOSMO!

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, beliau tidak dapat memberikan jumlah sebenar ahli UMNO Bahagian Ketereh yang keluar daripada parti tersebut.

“Jumlah itu tidak boleh dihitung. Semua yang keluar ini terdiri daripada pemimpin UMNO Ketereh. Kemungkinan anak, isteri, sahabat dan menantu mengikut jejak langkah mereka selepas ini.

“Saya tidak boleh menyatakan angka. Jika kata 1,000 orang, itu sedikit. Mungkin puluh-puluh ribu yang menyertai mereka. Apa pun tunggu kiraan peti undi pada selepas mengundi nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI