fbpx

Bezzecchi mengganas di GP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Mooney VR46 Racing, Marco Bezzecchi meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan pecut Grand Prix Belanda di Litar TT Assen, hari ini.

ASSEN, Belanda – Pelumba Itali, Marco Bezzecchi menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Belanda selepas pelumba Mooney VR46 Racing Team tersebut berjaya mengenepikan juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia sebentar tadi.

Sementara itu, pelumba Yamaha, Fabio Quartararo melengkapkan podium selepas Brad Binder (KTM) dikenakan penalti ‘long lap’ sejurus dikesan melepasi had di Litar Assen pada pusingan terakhir perlumbaan tersebut.

Kemenangan Bezzecchi sekali gus meningkatkan semangatnya menjelang perlumbaan esok selepas anak didik Valentino Rossi tersebut turut berjaya menyambar petak utama.

Pelumba Itali, Marco Bezzecchi meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan pecut di Litar TT Assen, hari ini.

“Saya rasa luar biasa dengan jentera pada hari ini. Meskipun saya melakukan kesilapan di selekoh pertama dan kehilangan beberapa posisi, saya berjaya bangkit untuk berada di hadapan semula.

“Meskipun sedikit ketinggalan, saya kekal tenang untuk menguasai perlumbaan semula. Saya gembira dengan kemenangan pertama ini dan saya harap penonton diluar sana menikmati perlumbaan ini. Jumpa anda esok,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, pelumba Ducati, Bagnaia masih kekal memimpin carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 169 mata dan diikuti Jorge Martin (Prima Pramac Racing) di tangga kedua dengan meraih 148 mata.

Bezzecchi yang melakar kemenangan di GP Argentina dan Perancis kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 138 mata. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI