fbpx

929 pekebun, penternak Johor rugi lebih RM17 juta terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI ketika menjawap soalan ADUN Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) berkenaan kerugian dialami golongan pekebun ekoran banjir besar Mac lalu.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 929 pekebun dan penternak di seluruh negeri telah mengalami kerugian berjumlah RM17,730,765 akibat bencana banjir melanda Johor, Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, kerugian itu merangkumi pengusaha subsektor tanaman agromakanan, subsektor penternakan, subsektor perikanan serta subsektor industri asas tani.

Menurut beliau, permohonan bagi peruntukan itu telah dimajukan jabatan atau agensi berkenaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Permohonan bantuan itu kini di peringkat kelulusan menerusi peruntukan di bawah Tabung Bencana iaitu Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) kementerian,” katanya ketika berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) berkenaan kerugian dialami golongan berkenaan ekoran banjir besar Mac lalu.

Tambah Zahari, Jabatan Pertanian Johor sahaja telah menerima sebanyak 704 permohonan bencana melibatkan tanaman padi, sayur, buah-buahan, lebah madu, cendawan serta industri asas tani (IAT) dengan anggaran kerugian RM10.3 juta.

“Daerah Tangkak merekodkan jumlah permohonan tertinggi iaitu seramai 206 petani dengan kerugian RM2.1 juta, diikuti Mersing (157 petani), Segamat (108 petani) dan Batu Pahat (104 petani).

“Kesemua permohonan ini telah diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bencana peringkat negeri pada April 2023 untuk diperakukan. Seterusnya permohonan ini akan dimajukan melalui sumber peruntukan negeri dan persekutuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI