fbpx
Gambar hiasan.

Pinjaman setengah juta tak dapat, wang RM167,050 pula lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pengarah syarikat berputih mata apabila kerugian sebanyak RM167,050 selepas terperdaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun.

“Kes bermula pada 21 Mei lalu apabila mangsa ternampak iklan berkaitan pinjaman peribadi dipercayai daripada sebuah bank tempatan.

“Mengikut modus operandi, mangsa diminta untuk membuat beberapa pembayaran sebagai antara syarat dan kelulusan pinjaman.

“Mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam sembilan akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM167,050 bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM500,000 sebelum menyedari dia ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN