fbpx
MAYAT mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan hari ini.

Jenazah dua pekerja tragedi Pelantar Sepat selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Jenazah dua pekerja tragedi Pelantar Sepat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, tiba di Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS kira-kira pukul 2.40 petang sebelum disolatkan dan selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.56 petang.

Sementara itu, jenazah Muhammad Faezuan Hakim Mohamad Buatamam, 28, tiba di tanah perkuburan sama dan urusan pengebumian selesai kira-kira pukul 6.44 petang.

Ratusan penduduk setempat, ahli keluarga serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam, mangsa yang berada di dalam bot penyelamat terjunam dari ketinggian 20 meter dari Platform Sepat setelah tali atau cangkuk yang mengikat bot tersebut dipercayai tercabut secara tiba-tiba.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN