fbpx
Hayati membersihkan karpet rumahnya yang tenggelam akibat banjir kilat di PPMS Tanah Putih, Gua Musang semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Ujian Aidiladha, rumah ‘tenggelam’ satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal berdepan detik cemas apabila anak sungai di depan rumahnya naik mendadak ekoran hujan lebat dalam tempoh kira-kira 30 minit sebelum membanjiri rumahnya di Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Tanah Putih di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Hayati Yahya, 43, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan kebanyakan peralatan elektrik kerana tidak menyangka hujan lebat bertukar menjadi banjir kilat.

“Semuanya berlaku terlalu cepat. Ketika itu, air dalam rumah sudah separas betis dan banyak barang elektrik tidak dapat diselamatkan. Air mula surut kira-kira satu jam kemudian apabila hujan semakin reda kira-kira pukul 9.30 malam,” katanya.

Hayati memberitahu, kejadian itu merupakan kali kedua menimpa keluarganya sejak menetap di kawasan berkenaan sembilan tahun lalu bersama ibu dan dua anak.

“Walaupun sedih dan kecewa, saya reda kerana menganggap ini satu ujian menjelang Hari Raya Aidiladha. Selepas air mulai surut sekitar pukul 10 malam, saya bersama anak dan ahli keluarga lain terus membersihkan rumah.

“Saya terpaksa tutup kedai hari ini (semalam) kerana perlu mencuci rumah dan kemas barang yang ditenggelami banjir kilat. Selain rumah saya, tiga lagi rumah berhampiran turut terjejas akibat banjir kilat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, beberapa jalan utama di daerah itu terpaksa ditutup sementara susulan hujan lebat dan limpahan air malam kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN