fbpx
Roshaida sayu melihat sebahagian atap rumahnya yang rosak dibadai ribut di Felda Kerteh 3, Dungun hari ini.

Ribut badai 73 rumah Felda Kerteh 2,3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Gugusan Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3, Paka, di sini dibadai ribut sehingga menjejaskan kira-kira 73 buah rumah semalam.

Kejadian pada pukul 3.50 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang lalu menghempap beberapa rumah penduduk.

Salah seorang penduduk, Roshaida Mat, 38, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya cemas apabila angin kencang menerbangkan sebahagian atap rumahnya.

“Angin secara tiba-tiba bertiup sangat kuat dan terus menerbangkan atap rumah kami. Saya dan ahli keluarga terus keluar rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk,Nordin Sulong yang menetap di Felda Kerteh 2, 72, pula berkata, dia yang sedang membaca al-Quran terkejut terdengar bunyi angin dari luar rumah.

“Pada mulanya, hanya hujan renyai-renyai dalam lima minit namun tiba-tiba muncul ribut kencang sehingga menerbangkan beberapa keping atap rumah saya. Saya hanya mampu melaungkan azan dan berdoa agar ribut berhenti segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN