fbpx
Steven Sim ketika hadir ke studio Yogi B, semalam.

Kuskop sedia bantu penggiat seni teroka bidang usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Golongan artis tidak seharusnya dilihat sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya mereka juga merupakan usahawan yang mampu menjana ekonomi menerusi hasil karya tersendiri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, atas dasar itu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) membuka ruang kepada penggiat seni yang layak mendapatkan bantuan pembiayaan bagi mengembangkan kerjaya dan perniagaan mereka.

Beliau berkata, penyanyi rap terkenal tanah air, Yogi B merupakan antara artis yang berjaya membina jenama sendiri sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.

“Nama Yogi B ni saya dah kenai lama dah, sejak zaman Poetic Ammo tahun 1990-an dulu. Generasi saya mesti ingat, antara kumpulan hip hop Malaysia yang betul-betul ada identiti sendiri. Rap dalam English, Melayu, Tamil, Kantonis pun ada.

“Yogi B fikir macam usahawan. Ada studio, ada syarikat rakaman, ada team, ada plan untuk album baru. Dia kata, lagu pertama projek baru ini dia nak buat di Malaysia, sebab identiti dia tetap Malaysia.

“Nak buat karya yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa, kos bukan sikit. Video muzik saja boleh makan puluh ribu ringgit. Tapi bagi anak seni macam Yogi B, ni bukan sekadar hiburan. Ni kerja, ni bisnes, ni harta intelek, dan ni jugak cara kita bawa nama negara.

“Sebab itu saya seronok bila Yogi B sendiri pergi mohon pembiayaan Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional,” katanya menerui satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau memberitahu lagi, permohonan pembiayaan yang dibuat Yogi B pada 26 Jun lalu telahpun diluluskan pada 1 Julai, baru-baru ini.

“Inila yang kita mahu di Kuskop. Usahawan tak kira sapa, peniaga kecil, pengusaha makanan, koperasi, anak muda, wanita, anak seni, kalau layak, kita bantu. Tak perlu kenai orang politik. Tak perlu cari jalan belakang. Terus mohon, ikut proses, kita permudahkan.

“Saya selalu kata, artis pun usahawan. Pemuzik pun usahawan. Bila depa (mereka) buat lagu, rakam album, perform, bayar team, sewa studio, urus hak cipta, bawa karya pergi luar negara, semua itu kerja bisnes.

“Yogi B dah buktikan, karya anak Malaysia boleh hidup lama kalau dibuat dengan jiwa, disiplin dan identiti sendiri. Saya doa projek baru Yogi B berjalan lancar. Terus bawa suara Malaysia pi (pergi) dunia,” tulisnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN