fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai mengutip telur ayam yang terjatuh di tengah jalan. - TikTok

Lori terbalik, penduduk kebas beribu-ribu telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman orang ramai kerana berebut-rebut mengutip telur ayam yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori terbalik, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Jambatan Dusun Totogan di Desa Kejobong, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mbokayu588 menunjukkan orang ramai mengambil beribu-ribu biji telur yang bertaburan di tengah jalan. 

Seorang pengusaha telur berkata, dia mengalami kerugian mencecah 26 juta rupiah (RM5,856). 

Dia kemudian tampil di Pejabat Penghulu Desa Kutawis dan meminta penduduk tempatan untuk mengembalikan telur yang diambil. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 667,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya menyesal tinggal di sini,” kata seorang netizen. 

“Ambil kesempatan dalam kesempitan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN