fbpx
Hamidah menunjukkan gambar Allahyarham Zulfiqar Zamir ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

13 hari bertarung nyawa, Zulfiqar sudah tiada…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Selepas 13 hari bertarung nyawa, mangsa rempuhan pemandu mabuk dan melawan arus di Persiaran Kota di sini, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, akhirnya meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini kira-kira pukul 4.28 petang selepas hampir dua minggu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Ibu mangsa, Hamidah Othman, 51, berkata dia sekeluarga dipanggil doktor untuk berkumpul di wad itu, kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Kami dimaklumkan bahawa keadaan Zulfiqar amat kritikal dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Kira-kira pukul 4.30 petang, doktor memberitahu denyutan nadinya semakin menurun sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HTAR malam ini.

Menurut ibu kepada empat anak itu, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham, namun berharap pemandu terbabit menerima hukuman setimpal.

“Walaupun tahu harapan untuk sembuh amat tipis, kami tetap kuat dan sentiasa berada di sisi arwah sejak hari pertama dia dirawat. Allah lebih menyayanginya, namun kami mahu arwah mendapat keadilan sewajarnya kerana kes ini melibatkan pemandu mabuk,” ujarnya.

Tambah Hamidah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Melintang, Perak malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN