fbpx

Ibu, bapa tiri didakwa semula dera anak sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. NAGENDRAN (depan) bersama isterinya, S. Sangeetha di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri yang dilepas tanpa dibebaskan semalam didakwa semula dengan pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana kecuaian sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak, April lalu.

Tertuduh, S. Nagendran dan isterinya, A. Sangeetha, yang kedua-duanya berusia 23 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, V.M. Mabel Sheela.

Berdasar kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan mencapai niat bersama bertindak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak mereka yang berusia empat tahun.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu di kediaman beralamat Skudai Villa Apartmen, Skudai di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen sama dan dibaca bersama seksyen 34.

Hukuman itu memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 seorang dengan seorang penjamin warga tempatan, selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 9 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mangsa merupakan anak kandung kepada tertuduh wanita dan anak tiri kepada tertuduh lelaki.

Semalam, kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan apabila pendakwaan gagal mempertahankan pertuduhan pindaan selepas pasangan itu menukar pengakuan kepada mengaku tidak bersalah.

Pada 3 Mei lalu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian kepala, belakang telinga, perut dan kaki.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI