fbpx
Muhammad Adi Putera (dua dari kanan) dan Tengku Muhammad Adam Ikhram (kiri) masing-masing didenda RM1,500 atas kesalahan memukul lelaki Bangladesh di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

Pukul pembantu kedai Bangladesh, dua lelaki didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Gara-gara membelasah seorang pembantu kedai runcit warga Bangladesh yang disangka etnik Rohingya pada minggu lalu, dua lelaki masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Marang di sini, hari ini.

Majistret Nur Athirah Hashim menjatuhkan hukuman tersebut berikutan pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, Muhammad Adi Putera Razali, 23, dan Tengku Muhammad Adam Ikhram Tengku Mohd. Faizullah, 21, yang masing-masing bekerja sebagai buruh dan tukang rumah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Adi Putera dan Tengku Muhammad Adam Ikhram didakwa bersama-sama kecederaan Mohammad Kamrul Islam, 34.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah kedai runcit di Kampung Mak Kemas, Marang pada pukul 7.15 malam, 9 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! 10 Jun lalu melaporkan dua pemuda direman polis selepas dipercayai memukul seorang lelaki warga asing di sebuah kedai runcit di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN