SEREMBAN – Perjalanan sejauh 15 kilometer dari Sungai Gadut ke Rembau yang kebiasaannya hanya mengambil masa sekitar 15 minit bertukar hampir 37 minit hari ini susulan kesesakan luar biasa pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN).
Aliran trafik perlahan dipercayai berpunca daripada pertambahan kenderaan apabila orang ramai pulang ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
Keadaan itu membuktikan semangat rakyat untuk mengundi tetap tinggi apabila ramai sanggup mengharungi perjalanan yang lebih lama demi menentukan masa depan negeri. – KOSMO! ONLINE














