fbpx
Azfar.

Alkhair Malaysia gesa jamin keselamatan Rohingya sebelum dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Alkhair Malaysia menggesa supaya sebarang usaha menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar hanya dilaksanakan selepas wujud jaminan keselamatan yang jelas, pengiktirafan hak kewarganegaraan serta proses pemulangan dilakukan secara sukarela dan bermaruah.

Pengerusinya, Azfar Abdullah berkata, komuniti Rohingya tidak menolak untuk kembali ke tanah air mereka, namun keadaan di Myanmar ketika ini masih belum menjamin keselamatan serta perlindungan hak asasi mereka.

Beliau berkata, proses penghantaran pulang juga tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa atau secara paksaan, sebaliknya perlu mematuhi prinsip kemanusiaan antarabangsa dengan kerjasama kerajaan Myanmar, komuniti antarabangsa dan agensi seperti Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Alkhair Malaysia berharap masyarakat antarabangsa meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Myanmar agar mewujudkan persekitaran yang selamat, menghentikan diskriminasi serta mengiktiraf hak kewarganegaraan etnik Rohingya sebelum sebarang proses pemulangan dilaksanakan,” katanya dalam stu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau meminta kerajaan memperjelaskan kepada rakyat mengenai dasar dan mekanisme berhubung isu pelarian bagi mengelakkan salah faham serta kebencian yang semakin menjadi-jadi.

Katanya, kerajaan juga perlu mengambil langkah tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri telah memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan membuat tapisan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia sebagai persediaan bagi penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar itu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia susulan keputusan kerajaan negara itu bersetuju menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN