fbpx

Jadi kejam sebab cinta atau kecewa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ADA dua kisah tragis yang menjentik naluri kemanusiaan kita sebagai insan berakal dan penuh kasih sayang.

Kisah satu tentang kekejaman seorang pemuda berusia 20 tahun yang tergamak membunuh sebelum membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan.

Kejadian malang menimpa mangsa berusia 21 tahun itu berlaku di kawasan belukar kelapa sawit di Sungai Besar, Selangor minggu lalu.

Semalam, pemuda itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang sedang hamil. Bekas penuntut kolej itu berdepan hukuman mati.

Kisah kedua pula tentang kekejaman seorang lelaki berusia 33 tahun yang tekad menikam sehingga mati bekas tunangnya.

Kejadian bunuh itu berlaku di tempat kerja mangsa di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah, dipercayai bermotifkan rasa tidak puas hati gara-gara wanita itu memutuskan hubungan mereka.

Tindakan bunuh itu berlaku selepas adegan pujuk-memujuk dikatakan tidak berhasil. Mereka dilaporkan baru dua hari putus tunang.

Kedua-dua kisah malang ini sebenarnya mempunyai persamaan, iaitu tentang emosi melampau seorang lelaki yang kecewa.

Mangsanya adalah wanita dan si pelaku adalah lelaki yang pernah mencintai wanita itu.
Semuanya bertitik tolak tentang keinginan dan kemahuan si lelaki yang gagal ditunaikan mangsa sehingga nyawa menjadi pertaruhan.

Hakikatnya, manusia tetap manusia. Manusia boleh berubah menjadi makhluk yang paling berkasih sayang, hormat menghormati serta bertolak ansur.

Namun, manusia juga boleh berubah sebaliknya dan menjadi makhluk paling kejam dan pendendam.

Tindakan kejam sehingga membawa kepada kehilangan nyawa itu datangnya daripada kegagalan si pelaku dalam mengawal emosi dan akal.

Ia juga mungkin berkait rapat dengan masalah bipolar, iaitu gangguan tersembunyi yang biasanya menjadi ancaman dalaman kepada diri seseorang.

Seseorang itu mungkin nampak sihat dan ceria pada fizikalnya, namun boleh berubah menjadi kejam apabila minda bercelaru, fikiran tidak tenang dan gagal menguruskan diri.

Kesannya, emosi si pelaku boleh berubah 360 darjah yang akhirnya membawa kepada satu tindakan luar biasa dan sukar dipercayai.

Benar, kisah cinta itu memang indah, tetapi cinta itu juga boleh membawa mati terutama bagi mereka yang kecewa dan gagal mengawal emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN