fbpx
Pengendali Mesir, Hossam Hassan mendakwa beberapa keputusan pengadil telah menafikan peluang mereka untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

FIFA gelanggang kuasa politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA pengadil Perancis, Francois Letexier meledak. Ini berikutan beberapa keputusan kontroversinya dalam perlawanan Argentina dan Mesir awal pagi semalam.

Mesir yang dikendalikan Hossam Hassan menerapkan disiplin tinggi, menyerap asakan sehingga pasukan itu berjaya mendahului juara bertahan itu 2-0.

Namun, peminat yang menyaksikan perlawanan itu melihat kecanggungan beberapa keputusan dibuat Francois Letexier.

Perlawanan yang sepatutnya dinikmati serta habis di atas padang ‘dibawa’ ke selepas wisel penamat. Ia berikutan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) secara rasmi mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA.

Mesir mendakwa beberapa keputusan pengadil telah menafikan peluang mereka mara ke suku akhir. Melalui mata kasar peminat di layar skrin semua mendapati ada sesuatu tidak kena dengan perlawanan tersebut.

Perdebatan mengatakan pasukan dengan jolokan La Albiceleste sebagai ‘anak emas’ FIFA kembali hangat di media sosial.

Ketegangan tersebut turut ditambah dengan kenyataan dibuat Hossam: “Kami dilayan secara tidak adil dan kami menderita kerana ketidakadilan yang meninggalkan kesan kepada kami. Saya akan katakan apa yang berada dalam fikiran saya tanpa mengira akibatnya.

“Jelas sekali perlawanan ini ‘dirancang’ dan seluruh dunia dapat menyaksikannya. Satu perkara lagi yang saya mahu katakan, jika kamu mahukan Argentina bergelar juara, kenapa jemput semua pasukan mengambil bahagian,” katanya.

Namun, kejadian tersebut turut memicu persoalan adakah badan induk bola sepak dunia itu benar-benar telus dan adil?

Presiden FIFA, Gianni Infantino sendiri tidak terlepas kontroversi. 48 jam sebelum perlawanan tersebut, namanya dikritik hebat selepas menangguhkan hukuman penggantungan satu perlawanan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun.

Balogun yang menjadi senjata serangan AS dilayangkan kad merah ketika berdepan Bosnia. Malah Presiden AS, Donald Trump mengakui dia telah menghubungi Infantino untuk ‘menyemak’ kad merah Balogun.

Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter meninggalkan kritikan keras di X: “Kad merah tidak dibatalkan hasil daripada panggilan telefon yang bermotifkan politik. Ia dibatalkan berdasarkan peraturan, bukti, dan keputusan badan bebas.

“Jika Presiden AS campur tangan dengan Presiden FIFA dan seorang pemain tiba-tiba dibenarkan beraksi sebelum perlawanan kalah mati Piala Dunia, satu persoalan yang tidak dapat dielakkan akan timbul. Ke manakah hala tuju FIFA?

“Bola sepak tidak sekali-kali boleh dijadikan gelanggang bagi kuasa politik,” katanya.

Penulis melihat isu ini boleh mengakibatkan bola sepak kehilangan nilai paling asasnya iaitu keadilan. 11 pemain menentang 11 pemain atas padang.

Hanya penyokong layak menjadi ‘pemain’ ke-12. FIFA gagal memastikan kewibawaannya untuk menentukan bola sepak menang melalui prestasi di atas padang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN