fbpx

Dewan Rakyat: Suruhanjaya Kanak-kanak perlu jadi badan bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bagi menjadikan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan bebas atau pemerhati kepada isu membabitkan kanak-kanak di negara ini, kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas berkenaan usaha tersebut tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka dibentang pada sidang Dewan Rakyat tahun ini.

“Undang-undang khas perlu diwujudkan bagi memberi kebenaran dan kebebasan kepada Pesuruhjaya Kanak-kanak memantau, menyuarakan pendapat, menilai dan membantu kerajaan untuk membawa lebih banyak kebaikan kepada golongan itu.

“Jabatan Perangkaan mengesahkan jumlah kanak-kanak di negara ini pada 2020 adalah 9.3 juta orang atau kira-kira 28.4 peratus daripada keseluruhan penduduk. Daripada jumlah itu, 49.9 peratus kanak-kanak lelaki, manakala 50.1 peratus adalah kanak-kanak perempuan.

“Oleh kerana peratusan yang tinggi, adalah penting bagi kerajaan memberi perhatian lebih dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan kanak-kanak,” jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun masih belum ada libat urus antara pemegang taruh termasuk ahli Parlimen khususnya di blok kerajaan, jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, kerajaan mempunyai kehendak politik kuat dalam menjayakan undang-undang itu.

Tegasnya, peranan dan tugas Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu dipisahkan bagi meluaskan kuasanya.

“Perlu ada kekuatan politik untuk melakukannya kerana jika tidak, Pesuruhjaya Kanak-kanak menjadi sebahagian daripada Suhakam dan suruhanjaya itu ada akta sendiri maka itu pun ada kekangan.

“Suhakam lebih kepada hak asasi, kepakaran Pesuruhjaya Kanak-Kanak perlu kepada pemerhati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI